♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Sebab?

 

Assalamualaikum
Alhamdulillah. Sudah selesai temuduga SPA dalam latihan jururawat dan latihan juru xray
Tawakkal kepada Allah atas apa yang telah diusaha.
Sudah seminggu berlalu dan masa berputar terlalu cepat
Ahad nih akan genap umur aku 19 tahun
Dugaan dem cabaran telah aku lalui dalam hidup yang penuh dukacita
Muhasabah diri aku yang telah lama bergelumang dgn lumpur dosa
Bukan aku ingin memutuskan silaturrahim jauh sekali ingin memburukkan keadaan
Aku memerlukan waktu untuk berjauhan dengan orang lain
Aku membutuhkan teman yang memahami diriku bahawa aku ingin dirimu berusaha untuk berdikari
Benar. Sahabat akan ada di mana kalian senang dan susah
Tetapi sampai bila aku harus menjadi ibu dan bapa wang mu??
Aku disini untuk belajar. Bukan menjadi sumber kewangan mu
Lihat catatan aku seolah-olah aku mengungkit
Benar, bukan?
Setiap orang mempunyai masalah berkaitan wang dan malah boleh jadi gila kerana wang
Aku bukan dilahirkan sebagai orang kaya dan jangan fikir mentang-mentang aku anak daddy yang tinggal Australia, aku orang senang.
BUKAN!
Aku juga seperti mu. Melalui hari-hari yang perit tapi aku tak memberitahu kepadamu bahawa aku tiada duit!
Aku akan berusaha juga supaya aku ada duit dan tidak akan menyusahkan family dan kawan2
Aku boleh berusaha untuk itu kenapa tidak mu?
Selalu fikir kehidupan orang lain barulah anda tahu bersyukur atas nikmat Allah beri
Andai asyik duk fikir kita saja ada masalah, sampai bila kita nak merungut pada Allah
Itu sudah menjadi syirik khafi.
Tidak bersyukur dgn nikmat dan musibah yang diberi.
Dah! Asyik merungut!
Pesanan utk kita bersama krn kita tak tau smpai bila ajal kita.

Kisah Menyayat Hati

 
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Aku mula stabil dengan perasaan dan emosi. Berkat doa mummy dan keluarga serta sahabat-sahabat yang jauh dan dekat. Tak kira sesiapa yang terlibat atau tak secara langsung. Aku begitu rindukan semangat aku yang ini berbanding emosi yang mengundang kesedihan aku.
Aku juga bersyukur pada Allah kerana sentiasa memberi kerahmatan dalam hidupku dan sentiasa memberi kesenangan dalam hidup. Aku begitu merindui-Mu.
Aku baru tahu mengenai kisah mentee aku. Sangat menyayat hati. Aku sedar aku belum tentu dapat mengurus emosi. Aku mula jatuh sayang kepada mentee aku. Aku menganggap dia adik aku aja. Dia cuma muda 7 hari. Hahahaha!
Aku ingin berusaha untuk membawa dia pulang kepada Allah.
Aku menharap Allah menilai sama ada aku ingin populariti atau ikhlas membantu teman mentee aku. Andai aku mula bongkak, tegurlah aku Ya Allah! Berikanlah petunjuk dari segi apa2 pun!

Ramadhan Datang Bertamu

Assalamualaikum
Ya Allah. Harini aku terlalu sedih kerana awal Ramadhan, aku tidak dapat menyambut bersama keluarga tercinta. Aku masih lagi mencari hikmah kenapa air mata terlalu mudah untuk mengalir. Aku ingin meyakinkan bahawa aku boleh tetapi masya-Allah. Sakit.
Terlalu susah untuk aku bangkit daripada kesusahan yang sentiasa terheret di kakiku.
Aku terlalu merindui mummy dan daddy aku. Tipulah aku tak rindu!
Allah! Aku mencintai-Mu dan aku ingin melatih diriku menjadi kekasih Rasulullah.
Tetapi banyak aku tak tahu mengenai Rasulullah! Terlalu daif dengan ilmu.
Aku malu dengan sahabat-sahabat lain yang begitu tawadhuk!
Aku menginginkan semua itu! Aku dahaga! Tetapu demi Allah. Aku tak tau na minta tolong pada siapa selain daripada-Mu. Aku malu! Aku masih merangkak mencari keredhaan-Mu!
Aku tersilap langkah lagi. Aku lalai dengan masalah duniawi yang begitu mencengkam hatiku yang kotor.
Hanya satu! Mantee istimewa! Terus terang aku katakan aku terlalu sedih dan simpati melihat keadaan dia sebegitu. Aku ingin menolongnya tetapi aku tak mampu Ya Allah. Aku tak tau na mula dari mana?
Aku terpaksa meminta tolong kepada MPP supaya ambil mantee istimewa ini di bawah naugannya. Kronik kan ayat aku? Jujur ak katakan lagi, aku sudah lari daripada fokusku untuk belajar dan aku selalu menyakitkan hati sahabat-sahabat aku sekeliling. Maakan aku sayang! Aku akan sedaya upaya untuk berubah. Support me!
Daddy! Happy Ramadhan El Mubarak! I hope you happy with your family and I just want to say  always love you!

Ramadhan Akan Datang

 
Assalamualaikum wbt
Ramadhan makin mendekati
Hadir dalam hidupku!
Semakin lama semakin dekat, semakin aku banyak menempuhi emosi yang begitu melampau
Aku sedang berusaha untuk mengawal tetapi aku bagaikan berperang dgn diri sendiri
Aku mengadu pada Allah dan terus menangis dalam tidur
Bangun dan terus menangis
Kenapa?
Banyak.
Aku buntu unuk mengurus program mentor
Sahabat-sahabat dan mpp-mpp bagi aku semangat
Semakin lama semakin aku lemah
Aku penat dengan lemah semangat
Aku takut na mengadu kpd mummy.
Takut mummy yang terlebih risau akan emosi dan semangat aku
Beginilah didikan keluarga ke atas aku yang selalu kurung diriku
Aku tak boleh na salahkan 100% kepada keluargaku
Daddy! You should come to see me! Try to support me!
Aku cuma berharap pada bulan Ramadhan ini, aku akan tenang dan mengurus dengan baik emosi aku
Aku pun penat sebenarnya na serba salah
Aku takut ikhtilat aku terbabas sebab aku banyak perlukan bantuan mamat nih
Ha! Satu lagi! Aku runsing dengan kelemahan aku yang semakin terserlah di depan kaum lelaki!
Allah saja yang ta betapa malunya aku! Aku bimbang akan tersebar keaiban aku!
Aku tau betapa sakit na hadapi emua ini ttp aku hanya mengharapkan Mu Ya Allah!
Aku tau aku yang salah mengahadapi masalah duniawi sehingga aku hampir melupakan-Mu.

Program Dekan Mentor Mantee

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Wifi kolej sudah kembali.
Alhamdulillah. Sudah siap nota English aku.
Pagi tadi bangun dari tidur. Bermuhasabah sekejap.
Sedih aku apabila aku kena jadi mentor kepada mantee ini.
Aku bukan tak yakin na tingkatkan akademik mantee nih ttp aku buntu na mula mcm mana.
Aku sendiri byk merujuk kpd orang lain tetiba aku kena jadi orang dirujuk.
Aku bukan seperti mentor lain yang ada pengalaman yang mampu dan yakin.
Pagi tadi mummy aku tak sihat. Menangis aku pagi tadi kejap.
Mujo tetamu sebelah tak sedar.
Mummu aku tetiba lelah. Asal u sakit mesti mummy aku sakit.
Tetiba tengahhari aku sihat sikit, mummy aku hantar mesej cakap da sihat da sikit.
Inilah tali perhubungan antara aku dan mummy.
Mengenai mantee aku tuh, aku sedang search mengenai bahan untuk mantee aku tapi aku belum dapat tahu.
Apa yang aku malu hal yang lepas.
Aku pi nangis depan mpp-mpp kolej aku!
Ya Allah!
Macam bodoh aja!
Malu sangat!
Tengop muka diorang pon da tak sanggup!
Apa-apa pun Allah kuatkan lah hati aku yang lembik ini.

Andai Itu Takdirnya (07/06/15)

Assalamulaikum wbt.
Alhamdulillah aku sudah menjejaki rumah selama 3 hari dan sudah memadai. Aku perlu laksanakan amanah aku di kolej supaya terus menerus aku mendapat dalam keredhaan Allah. Aku ingin cerita serba sedikit aku tinggal di sini. Aku menangis tereask-esak ketika aku sampai lewat ke rumah. Aku fikir andai aku x sampai rumah. Mungkin masih dalam emosi demam dan ini keputusan tepat untuk aku pulang dan merasionalkan otak aku balik.
Andai satu hari nanti aku berkeluarga, aku akan menitikberatkan soal pendapat anak-anak aku supaya aku akan terus jadi adil antara anak-anak aku. Take note for that! Allah sentiasa menyayangi hambamu ini kan? Bantulah hambamu.
Mengenai Si N aku jumpa semalam, memang hatiku masih bergetar dengan melihat wajah dia. Tetapi pada masa yang sama akan mula menukar keluar semua dendam kesumat yang aku simpan kerana pernah menyakiti hati perasaan aku dan mummy aku dulu. Bagaimana aku masih lagi simpan perasaan ini walhal sudah setahun tidak berjumpa. Benci aku padanya makin meningkat. Kerana dia, aku jadi begini. Allah. Allah sayang hambamu inikan? Tolong aku ya untuk hapuskan dia dalam ingatan. Andai aku perlu hilang ingatan, aku sanggup!
Aku mesti berubah dan kena berubah. Biar seiring dengan tudung labuh. Hanisah! Tak guna pakai tudung labuh tapi tak berubah! Aku kena konsisten dengan sikap yang sepatutnya supaya dapat jadikan contoh yang baik untuk adik-adik sepupu aku. Aku ingin jadikan keluarga Islam yang unggul walaupun nampak hakikat susah.

Dear Diary

 
kita hanya berkomunikasi berdua aja kan? tak pernah orang na baca entri aku. maaflah wahai diary. kadag-kadang selain aku bermunajat dengan Allah, aku ingin meluahkan kepada mu, diary. buat masa ini, aku tak boleh na ngadu dengan sesiapa. aku sedih. aku sayang sangat sahabat-sahabat aku. aku melihat gambar mereka, mula turun tirai air mata aku lagi. sahabat-sahabat. kadang-kadang. prinsip berrlu berubah apabila situasi sudah tak mengizinkan. diary. mesti mun atau kan siapa sentiasa aku tulis. SAHABAT lar. mana boleh bagitahu nama. tak baik. itu sebab tujuan aku tukar kepada hanisahlimrashid supaya kawan blog da tak baca blog aku. just diary and me.
aku kena pasang azam balik. tak boleh da na tawar hati. na kawan berubah. DOA. biarlah dia tak tahu. biarlah dia ingat aku nih jahat ke, sewel, bongok, bodoh. i know. Allah knows me more.

Allah (26/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Ya Allah, aku tidak sangka sudah berlaku salah faham sebegini antara sahabat dalam bilik aku. Adakah aku ini terlalu berterus terang. Aku tidak mahu mengumpat. Aku tidak mahu menangis kerana manusia. Aku penat. Ya Allah. Aku ingin jadikan semua ini hikmah. Aku tahu aku hanya berubah luaran tetapi aku ingin berubah seluruhnya. Ini semua balasan dosa akukah? Allah menguji begini kerana lepas lakukah aku siang tadi. Aku kena lebih berhati-hati. Bagaimana? Apa yang maju sekarang, sahabat-sahabatku melaksanakan amanah yang aku beri.tak sangka sahabat yagng senyap nih pon tegur aku. Alhamdulillah. Aku ambil ini sebagai ujian mu Ya Allah. Akan ku hadapi dengan tabah hanya dengan izin-Mu.

Alhamdulillah (25/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Harini aku ingin meluahkan pada pagi hari. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana masih lagi mendengar doaku. Aku tidak putus-putus memanjat kesyukuran kepada-Mu. Tetapi aku ada satu masalah dalm hati ini. Aku malu nak berterima kasih kepada semua sahabat-sahabat aku kerana  banyak membantu aku dari segi kerja kursus, pengetahuan, ketika study. Rasa terima kasih sehingga tak terungkap. Begitu pensyarah-pensyarahku. Aku hanya berterima kasih kepada pensyarah yang ada wassap dan mummyku. Aku tidak tahu untuk meluahkan rasa gembiraku. Alhamdulillah. Aku tidak keseorangan. Inikah perasaan indah yang Engkau beri. Ini kerana sahabat-sahabat aku mendapat kejayaan yang sama-sama kami perjuangkan.

Detik Akan Tiba Esok

 
Assalamualaikum w.b.t.
Tajuk entri macam tuhlah. Macam-macam perasaan berbuku di hati aku. Rindu. Gembira. Hiba. Sedih. Debar. Bimbang. Aku belum pergi lagi rindu sudah bertamu dalam hatiku. Akan rindu mummy yang selalu berceloteh tak kira masa. Sedih aku akan tinggalkan mummy lagi. Perasaan hiba nak tinggal mummy yang akan menghadapi perangai tak matang sorang2 dalam rumah aku. Ujian yang aku hadapi selama 16 tahun. Pelbagai cabaran yang ku hadapi tetapi tak mematangkan aku kerana setiap kali musibah tiba aku akan menangis tak sudah. Tak sudah-sudah. Benar kata-kata psikologi. Aku ketawa kuat untuk menyembunyikan duka lara aku nih secara tak langsung.
Mengenai perpindahan bilik. sebenarnya aku sedih nak tinggalkan mereka sahabat-sahabat aku. Aku sentiasa inginkan mereka ceriakan hidup aku. Tetapi aku juga tak sanggup bergaduh dengan sesiapa. Apatah lagi dalam bilik aku sendiri. Yang sentiasa mewarnakan bilik dengan solat dan alunan surah-surah dalam al-quran. Sentiasa ambil berat antara satu sama lain. Bergaduh. Bilik sahabat-sahabat aku. Yang penuh dengan gelak ketawa. Cerita sensasi. Ada aja celoteh yang mencuit hati aku. Sentiasa menggembirakan aku. Ala.. kalau ada salah faham, biasalah. Persahabatan tak akan terus berbau harum tetapi usaha untuk itu till jannah.
Fatin Izzaty. Aku rindu untuk bergaduh dan usik-mengusik. Alangkah rindu pada zaman sekolah. Semua itu tinggal kenangan. Kita saling membawa haluan masing-masing. Maizura. Perempuan geliga Matematik sudah beralih arah dan cintakan kimia. Siapa sangkakan? Yang aku sangkakan jadi guru matematik jadi pakar kimia. In shaa Allah. Imanina. Engkau sahabat dunia akhiratku. Engkau sentiasa di kala aku susah dan senang. Di saat aku ingin menjauhkan diri daripada semua orang akibat masalah keluargaku, engkau hadir tanpa dipinta dan makin mendekat. Ada dua sahabat aku pernah beri dua pilihan “awak inginkan sahabat sentiasa doakan kebahagiaan awak atau yang sentiasa berhubung? ” dan aku pilih pilihan pertama. Kerana bukan senang seseorang ingin mendoakan sahabat untk menyebut nama sahabat tersebut.

Perkongsian Bacaan (20/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Diberi tajuk Dracula VS Al Fateh terbitan PTS dari penulis fail sulit presiden Amerika , Muhd Nur Iman Ramli yang diberi pinjam oleh sahabatku , Noor Imanina. Terima kasih.aku inigin menceritakan serba sedikit mengenai buku ini. Aku tertarik dengan halaman tiga “ Satu tanda ingatan untuk saudara seagamaku di seluruh dunia, yang dibunuh oleh ‘dracula-dracula’ sebenar pada akhir zaman.” Dan aku terkejut ada satu kejadian yang terlalu kejam dan tidak berperikmanusiaan .
Bagaimana wujudnya ‘Dracula’? apa kaitan dengan Al-Fateh? Buku ini memberi jawapan kisah dan sejarahnya. Dracula ini cuma manusia biasa sahaja tetapi sejarahnya yang mengerikan menyebabkan ahli filem dan ahli seni mencorakkan watak ‘ dracula ’ sebagai seekor pontianak yang penggila darah! Hahaha! Dracula mula muncul dalam penempatan Islam ketika Vlad II Dracula menghantar anaknya , Dracula dan Radu ke istana Sultan Murad II di Edirne sebagai tebusan politik. Hah?! Ingat tak lagi sejarah Al-Fateh? Mengenai penaklukan. Di sini lah sarjana Barat menyembunyikan watak samseng nih! Okey tak nak cerita panjang-panjang. Kita jump kepada pemerintahan kedua Dracula kerana di situlah terdapat sejarah yang paling hebat dan tragis. Setelah penaklukannya kali kedua di Wallachia,  Dracula membunuh semua golongan Boyar  dan melayan dengan teruk kerana dendam kesumat. Si Dracula ni fikir yang geng Boyar bronar nih yang bunuh bapa dan abang sulungnya. Selain itu, hukuman penyeksaan paling dasyat yang dilakukan oleh Dracula iaitu hukuman sula. Masha-Allah! Ia bukan sesuatu yang janggal ketika Zaman gelap Eropah tetapi yang dilakukan oleh Drcula secara besar-besaran. Hukuman ini aku baca ia berkesan kerana negara yang paling aman pada zaman Rom kerana kadar jenayah menurun dengan mendadak. Ia kerana takut dengan hukman sula yang dasyat! Aku membayangkan andai Dracula ini Islam dan ada pada zaman ini, aku yakin beliau sanggup mempertahankan hukum Allah atas manusia. Itu hak Allah yang perlu dilaksanakan. Gerun memikirkannya. Inilah sebabnya sarjana barat memperbesarkan dan mengagungkan dia. Kerna beberapa tong darah dah Si Penyagak tuhbunuh.
Kejadian yang berlaku di Rohingya sama. Palestin. Mesir. Syria. Yaman. Gaza. Negara-negara yang sentiasa berlumuran darah tanpa henti. Aku ini hanyalah Islam yang lemah. Kenapa? Aku memikirkan andai aku dalam situasi mereka? Sanggupkah? Jihadkah aku ketika itu? Jihad memerangi nafsu, jihad mencari ilmu pun aku masih tahap hangat-hangat sejuk tahi kucing. Begitulah pengajaran yang perlu aku ambil. Sesudah malam. Lain hari aku berkongsi denganmu ya senget! 

Life (20/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Kehidupan. Aku bermuhasabah diri dengan buku hari ini. Alhamdulillah. Tetapi aku begitu berat untuk mengubah secara drastik. Aku tidak mampu. Hatiku penuh dengan hawa nafsu yang susah untuk dipadamkan. Aku ingin bermunajat terus menerus dengan mu Ya Allah. Banyak lagi hutang aku dengan Mu Ya Allah. Aku ingin berubah untuk yang lebih baik tetapi pada masa yang sama aku ingin menjadi diriku yang sebenar bersama dengan sahabatku. Aku tak mau dilabel orag baik dan alim. Benar. Rasa dihina. Banyak lagi ilmu aku tidak tahu. 30 juzuk al-quran tidak penuh dalam pekungan dadaku. Aku tidak layak! Sentiasa mengajak kebaikan, ku berterima kasih sangat2 kerana sentiasa mengingati aku mengenai dunia dan akhirat. Kepada kawan aku yang lain, andai anda betanya pendapat dengan aku, aku akan jawab dengan telus. Tetapi jangan pernah engkau ungkit kisah silam aku. Aku akan bina pertahanan dan sentiasa mengadu kepadamu Ya Allah. Aku ini terlalu jahil dimata-Mu. Aku akan berubah dengan cara aku sendiri. Aku mungkin tidak sebaik Siti Khadijah dan tidak setegas watak Qaniah Syumaila, sentiasa beristiqamah seperti kak Hassanah dan mungkin tidak mampu menjadi seikhlas hati kak Farah Hidayah tetapi dengan cara tersendiri aku akan mendekati semua kembali sahabat-sahabat.
“Faith is the cure that heals all troubles. Without faith there is no hope and no love. Faith comes over hope and before love.”

Debaran Tarikh 24/5/2015 (19/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Macam biasalah. Sebelum tidur aku nak buat luhan hati sikit pada mu blog. Tarikh keramat pada entri ini adalah kerana result keluar. Hah? Ingat budak uitm aja yang debar. Aku pon lah! Rakan kelas aku beritahu majoriti keputusan pelajar psikologi merudum! Hah? Siapa tak susah hati. Aku tak nak cakap orang punya result! Aku punya result nih?!!! Camna??!! Da sedar diri kita ada pengalaman, buat lagi perangai. Mummy aku moody. Aku pujuk jgaklah. Mujo mummy aku bg warning aja. Lau sekali dengan rotan nangis tak habislah aku! Aiyoyo! Amma! Appa! Hahaha! Banyak sangat main2 nih. Sebab tuh firasat hati aku selalu aja cakap nak berubah. Ini kes sal result r nih. Hati ini susah nak ikhlas. Nak cari keikhlasan dalam hati susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Hari ini aku sempat berpesan kepada rakan sekelasku mengenai hubungan mereka untuk bertunang. Alhamdulillah! Bahagia! Tetapi tak direstui. Dan alhamdulillah. Rakan ini masih lagi naungan Allah kerana masih sayangkan keluarganya. Hasrat di hati mereka ditangguhkan dahulu. Sayang awak! Kerana awak menyebabkan saya lebih tahu mengenai hukum halam haram perhubungan ini. Saya doakan kebahagiaan awak.
Ada satu lagi perkara baik aku nak kongsi! Daddy! Hantar mesej dekat aku cakap rindu aku! Aku baru aja luah dekatmu wahai blog! Oh my Allah! Bebeh! Hahaha! Aku suruh mummy pujuk balik.. tapi daddy tak leh balik sebab kekangan duit. Tak apalah. Aku faham. Daddy sentiasa hantar nafkah untuk kami berdua sara hidup kami. Terima kasih. Aku suruh mummy pujuk lagi cakap dekat daddy yang anak dia nih nak emel dia. Daddy ckap “my email is not working.”. apa susah? Buatlah yang baru. Aku rasa nak mogok aja. Mummy siap tanya aku lagi ada apa-apa nak pujuk lagi? Hahaha! Aku cakap ada! Nak hadiah yang paling besar hari raya tahun ini! Kemudian aku mula menangis secara diam. Aku rindu. Aku pun tau mummy rindu kekasih hati dia. Aku tak berani dah nak cakap apa-apa. Aku tekup mukaku dengan bantal dan menangis teresak-esak. Sakit jiwa aku. How much i miss you daddy. How could you.. i need you here. I wish you here. I really want you treat me as a baby. I feel not enough with no love from you. Allah! Help me!

Pemilihan Jodoh (18/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Tajuk entri aku tulis itu penting dalam hidup aku. Usia aku makin lama makin menginjak. Aku bukan lagi kecil dan aku inginkan cinta yang sempurna di samping Allah. Alangkah bahagianyakan? Dalam satu hari banyak aku terfikir. Mengapa tulis pasal jodoh?
Semalam sahabat aku didatangi oleh sekumpulan “orang” Mesir. Mesir? Sahabat aku sedang berkenalan dengan kenalan Mesir. Yang jadi perundingnya kakak sahabat aku. Agak terkejut jugak! Sebab yalah. Sahabat aku ada family datang risik ke? Betapa terujanya aku! Aku berkongsi bahagia. Dan aku mendapat berita daripada sahabat lain bahawa teman dia mesej dengan ayah angkat sahabatku bahawa dia suka pada sahabatku. Berbelitlah ayat aku! Teman dia itu bukanlah seorang yang sopan aku sangka. Aku cuba untuk berbaik sangka. Tapi kadangkala akal mendahului hatiku dulu. Dia tak layak untuk sahabatku. Dengan biadapnya memanggil orang bongoklah sumpah menyumpah tak tentu hala. Lepas kahwin agaknya lebih teruk. Aku hanyalah boleh mendoakan dia berubah walupun aku rasa teman dia itu taklah penting dalam hidupku. Aku hanya boleh beritahu jangan layan lelaki itu. Tetapi itu semua atas pilihan dia. Nak layan atau tak. Setiap tindakan ada hikmahnya kan? Alahai. Berbalik pada jodoh. Sahabat A sudah ada yang direkemen oleh kakaknya. Sahabat B masih mencari ke atau memang betul ada calon pemain bola. Hahaha! Sahabat C sudah tematerai janji akan setia antara satu sama lain. How sweet! Sahabat D sudah ada teman. Sahabat E, masih lagi ingin menumpukan pelajarannya terlebih dahulu. Alhamdulillah. Sahabat F juga begitu tetapi ada yang sudah mengejarnya. Dan aku? Aku tak buka lagi hati aku untuk siapa-siapa kerana hati aku masih lagi pada dia. Hanya Allah tahu betapa susah aku ingin lupakan dia. Itu semua janji lama. Janji babun katakan. Aku harus berpijak pada dunia realiti. Dia sudah ada yang punya. Sudah bahagia. Aku hanya perlu beri sokongan tetapi bukan atas kemaksiatan dialah. Apa? Rajin benar aku nak tanggung dosa lain sedangkn dosa aku da banyak!
Kalau ikut kepada kriteria aku ini tak banyak tetapi agak cerewet. Cerewet kerana inginkan kebahagiaan rumahtangga. Allah. Lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik. Habis tu? Aku mcm mana?aku mengenali diriku. Aku ini banyak membuang masa dan inginkan perubahan drastik. Aku tak mampu. Aku inginkan lelaki yang soleh, prihatin dengan isteri, anak-anak di samping keluarganya dan aku. Paling penting boleh menerima keluargaku seadanya. Walhal lelaki pon macam tu jugak. Nakkan perempuan yang solehah, sentiasa pandai ambil hati suami, taat pada agama, menutup aurat dan macam-macam lagilah. Yang penting pandai masak! Aku? Hahaha! Setiap kali masa mesti aku lupa resepi. Apalah nak pening-pening fasal jodoh. Kalau ada, adalah!

Masalah Ya Masalah (14/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Syukur ke hari ini aku masih hidup di atas dunia ini untuk beribadat kepada-Mu. Jangan sempitkan otak yang ibadat hanya solat, doa, puasa sahaja. Banyak perkara lain dikira ibadat. Senyum, belajar, sedekah, tolong keluarga dan lain-lain lagi itu dikira ibadat.
Menulis fasal masalah. Iya semua orang ada masalah. Aku sendiri ada masalah. Kebiasaan selalu jadi kata-kata “ Allah sentiasa memberi ujian kerana rindu dengan kita untuk kita mememanggil-Nya”. Benar. Aku dahulu jarang nak panggil Allah. Mengadu pada Allah. Dan ujian yang aku hadapi pasti orang lain tak hadapi. Aku tak nak mengadu pada siapa yang mampu membantu aku untuk menyelesaikan masalah aku ini. Selagi Allah ada untuk aku. Aku kena yakin walupun tatkala aku sedang menghadapinya aku selalu merintih tak sudah. Ini kerana sesiapa yang tahu masalah aku ini, ada yang tak faham. Ini sebab aku menjauhi daripada semua orang termasuk ahli keluargku yang lain. Salah satu sebab aku sentiasa berkurung dalam bilik bagaikan katak bawah tempurung. Duniaku hanya dalam bilik bersama mummyku dan rumah Hadi bersama keluarganya. Jadi apa yang terbuku dalam hatiku hanya Allah yang tahu. Walaupun aku ingin tulis dalam diariku ini mengenai masalah aku yang sebenarya tapi tangan aku asyik menaip perkara yang karut marut.
Aku hanya manusia biasa yang inginkan kesempurnaan dalam hidup. HANYA Allah yang SEMPURNA.

Perubahan demi perubahan (12/05/15)

 

Assalamualaikum wbt
Apa yang aku mampu lakukan ialah menutup aurat sepenuhnya. In shaa Allah. Aku bermula dengan hipokrit. Benar kata sahabatku. Apabila bermula dengan hipokrit in shaa Allah akan terbit rasa takut untuk kembali pada asal. Aku bermula dengan tudung labuh hanya kerana ingin sembunyikan tudung dalam yang terlalu besar. Kerana dek tak selesa, aku menyuruh sahabatku belikan tudung bidang 50. Aku mula pakai di kampung. Aku fikir banyak kali apa kata keluarga aku andai aku pakai tudung labuh. Aku takut! Apa pandangan mereka. Alhamdulillah! Aku berjaya meskipun adalah sorang ni ejek aku tapi entah kenapa sejujurnya aku senang dengan ejekan itu. Seolah-olah satu pujian buatku.
Ikhtilat. In shaa Allah. Di kolej aku masih mampu untuk menjaganya. Manalah ada orang kenal sangat aku nih. Aku aja yang kenal diorang sebab aku stalker. Hehehe. Satu tabiat buruk aku. Yang na kawan dengan aku hanya lelaki sem 2. Junior aku. Itu pun aku da letak had supaya berkawan bukan dalm hp. Ini akan mengundang rasa pelik! Aku tak nak rasa pelik itu datang. Cukuplah ketika form 5. Kerana aku tau masih ada yang tak faham diri aku. Aku ingin menjauhi couple. Kerana couple aku kecundang. Aku suda pecah amanah. Aku mula menjauhi sahabat-sahabat aku. I will not repeat taht stupid action anymore. I love Allah! I love my teacher, Rasulullah!I love my family. I love my bestfriends. And all in the world who loves me!
Mengenai ilmu! Aku malu dengan fb kak Hassanah (sahabat yg rekemen) dan arwah kak Nor Artikah sentiasa mecari ilmu kerana Allah kerana tau akan kematian selalu dekat! Sentiasa dekat dengan kita! Aku akan buat perubahan demi perubahan! Aku mengharapakan pertolongan sau-satu yang Agung iaitu Allah! Dan sokongan daripada keluarga, sahabat, pensyarah2, guru2 dan sesiapa yang teribat secara tidak langsung.

Cinta High Class Pandangan Allah (10/05/15)

Assalamualaikum
Cinta? Ada apa dengan cinta? Yang semua manusia akan alaminya kecuali orang gila. Tapi ada aja orang gila cinta. Terlalu obses dengan cinta. Hah! Kenapa tulis pasal cinta ini hanisah. Cinta ialah umpama hadiah daripada Allah. Satu-satu yang kita mesti cinta ialah ALLAH, MALAIKAT, RASUL, SAHABAT2 RASUL! Barulah keluarga. Alasannya? Anda tahu sendiri. Aku taulah. Aku ada pengalaman dah! Cinta monyet! Cinta babun! Cinta king kong! Semualah! Perit apabila jatuh cinta tetapi tak dihargai. Cinta sia-sia. Aku nih kategori kurang kasih sayang masa tuh. Aku tak malu nak cakap. Sebab ini kebenaran yang nyata yng sentiasa jadi pengajaran dalam hidup. Aku nih bukanlah baik sangat. Aku adalah gurau2 sakan fasal nih tapi! Nak couple? No way! Sakit hati! Malas nak cakap. Berbalik pada tajuk di atas.
Harini aku terbaca satu post daripada fb Kak Farah Hidayah. Aku lupa. Kisah hidup bermadu. Aku belum jumpa lagi ada yang sanggup menguar-uarkan kisah hidup dia bermadu. Detik pertama aku adalah gila dan hipokrit. Bagaimana dia hidup bermadu begitu tenang menyuruh suami dia kawin satu lagi. KALAU aku jadi dia mati hidup balik aku tak izin suami aku kawin satu lagi. Aduhai kak farah... satu dosa kering aku sudah kutip. Prasangka buruk!
Kak farah rupanya lagi sayang Allah berbanding suaminya. Dia percaya Allah akan beri satu ganjaran lebih besar berbanding apa yang dibayangkan. Kak farah begitu menyanjungi madunya kerana madunya sangat baik dan taat pada agama. Kerana apa? Sentiasa kejutkan solat tahajjud. Dalam diri dia sudah tersedia 30 juzuk surah sekali dengan maksud. Kak farah kuat kerana Allah dan apa yang dia dapat sangat memadainya. Kak farah bukan inginkan kesempurnaan tetapi inginkan seseorang sentiasa mendukung kepada perubahan kepada Islam.
Aku? Sanggupkah? Sesungguhnya aku ini jauh panggang dari api. Di mata aku sudah cukup sempurna dia walaupun hakikatnya hanya Allah sempurna. Tetapi mampukah aku sempurna di mata Allah? Aku sentiasa bermuhasabah diri sebelum tidur tetapi apabila ingin membuat perubahan. Ia terlalu berat kerana aku fikirkan aku perlukan sokongan. Untuk berubah sekaligus, aku benar-benar tidak mampu.

Cuti Sem 3

  
Assalamualaikum wbt
Aku sekarang sibuk merancang apa aktiviti aku akan lakukan sem depan
Sem depan yang aku hitung tak sampai 10 hari
Aku tau result aku akan jatuh merudum hanya kerana kesakitan hati aku
Apa dia? Aku pun tak tahu
Mengenai aku mulai aktif dengan Facebook, aku bukan berniat untuk lagha tetapi aku ingin berkongsi apa aku rasa, baca, melihat, mendengar dan lain-lain lagilah! Aku yakin kawan-kawan kolej aku tak kenal siapa aku sebab sepanjang aku tinggal di kolej aku jarang sekali na post dalam fb. Sehingga kan sahabat aku tegur aku cakap kurangkan main dalam media sosial. Tak apalah. Untuk tak nak sahabat aku terkejut sangat aku gunakan laman ini untuk luahan hati.
Mengenai Insta pulak, aku da block semua lelaki dan hanya untuk perempuan sahaja. Tipulah aku cakap aku tak terasa bahawa itu semua tabaruj. Tetapi untuk elak semua itu aku block lelaki. Aku tau itu tidak menghalang lelaki untuk melihat wajahku yang tak seberapa cantik ini tetapi aku berubah secara perlahan. Doakan aku!
Mengenai ikhtilat. Rupanya aku gagal untuk menjaga ikhtilat kerana sepupuku. Sepupuku yang aku anggap sebagai adik. Dia banyak mengadu kepadaku tentang permasalahan sekolahnya. Aku tak berdaya untuk menjauhi dia. Untuk menjauhi dia, aku bimbang apa pulak kata mak, ayah, atuk dan maksu-maksu. Pasti akan menyalahkanku. Aku tau Islam tiu sederhana. Ada cara lain. Aku tak akan biarkan lagi diriku cakap mengenai ikhtilat sedangkan aku sendiri yang tak jaga.
Daddy.. sudah lama engkau tidak menjenguk kami di sini yang sentiasa merinduimu. Adakah daddy sanggup aku merindui lelaki selain darimu? Aku bahagia setiap kali aku terkenang kenangan kita. Setiap tahun engkau pulang dan menghadiahkan sebuah pelukan hangat yang sentiasa diri ini dambakan. Bawa aku jumpa grandma dan bagi aku hadiah yang banyak dan besar-besar. Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan. Kadang-kadang memang aku marah kerana aku terseksa teringat dirimu. Aku begitu cemburu setiap kali mendengar sahabat-sahabat aku menceritakan mengenai ayah. Diri ini sentiasa ingat diri ini tidak disayangi. Kerana diri ini perlukan kasih sayangmu! Aku sekarang sentiasa ingatkan diri aku bahawa Allah sentiasa sayangkan aku.

Kehidupan di KOLEJ

 
Assalamualaikum
Alhamdulillah
Sudah lama x menaip
Apa yang aku nak kongsi di sini ialah kehidupan mencabar di kolej
Macam-macam da kolej ada masalah
Alhamdulillah
Tetap juga dapat diselesaikan danada yang masih berlarutan
Dari awal SEM 3 pagar asrama kolej di conteng
Kerana dendam kepada pak guard ayie tuh ler
Lepas tuh da cat balik sbb karnival gempak nak diadakan masa tuh
Lepas tuh pentadbiran pula da nak buat akuan sumpah guna AL QURAN
Apalah..dunia nak akhir zaman
Nak cari  bala Allah punya pasal
Emosi aku pula asyik x menentu apabila sampai waktu nak BAD mood
Pengurusan emosi kendiri yang sangat lemah
Sbb aku da biasa dipujuk dan ada yang melindungi
Apa lagi cabaran ya??
Isi borang MARA?
Mencabar lah juga..
Sbb YDP MPP garang sangat..
Dulu dia lain sangat tapi sbb dia berjawatan, perwatakan pun berubah
Mujur lah berubah ke arah kebaikan
Cabaran yang besar ialah sahabat2 aku yang berjawatan nak menguatkuasakan penutupan aurat
Adakah akan berjaya?
Kita tunggu selepas ini..
>