♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Cinta High Class Pandangan Allah (10/05/15)

Assalamualaikum
Cinta? Ada apa dengan cinta? Yang semua manusia akan alaminya kecuali orang gila. Tapi ada aja orang gila cinta. Terlalu obses dengan cinta. Hah! Kenapa tulis pasal cinta ini hanisah. Cinta ialah umpama hadiah daripada Allah. Satu-satu yang kita mesti cinta ialah ALLAH, MALAIKAT, RASUL, SAHABAT2 RASUL! Barulah keluarga. Alasannya? Anda tahu sendiri. Aku taulah. Aku ada pengalaman dah! Cinta monyet! Cinta babun! Cinta king kong! Semualah! Perit apabila jatuh cinta tetapi tak dihargai. Cinta sia-sia. Aku nih kategori kurang kasih sayang masa tuh. Aku tak malu nak cakap. Sebab ini kebenaran yang nyata yng sentiasa jadi pengajaran dalam hidup. Aku nih bukanlah baik sangat. Aku adalah gurau2 sakan fasal nih tapi! Nak couple? No way! Sakit hati! Malas nak cakap. Berbalik pada tajuk di atas.
Harini aku terbaca satu post daripada fb Kak Farah Hidayah. Aku lupa. Kisah hidup bermadu. Aku belum jumpa lagi ada yang sanggup menguar-uarkan kisah hidup dia bermadu. Detik pertama aku adalah gila dan hipokrit. Bagaimana dia hidup bermadu begitu tenang menyuruh suami dia kawin satu lagi. KALAU aku jadi dia mati hidup balik aku tak izin suami aku kawin satu lagi. Aduhai kak farah... satu dosa kering aku sudah kutip. Prasangka buruk!
Kak farah rupanya lagi sayang Allah berbanding suaminya. Dia percaya Allah akan beri satu ganjaran lebih besar berbanding apa yang dibayangkan. Kak farah begitu menyanjungi madunya kerana madunya sangat baik dan taat pada agama. Kerana apa? Sentiasa kejutkan solat tahajjud. Dalam diri dia sudah tersedia 30 juzuk surah sekali dengan maksud. Kak farah kuat kerana Allah dan apa yang dia dapat sangat memadainya. Kak farah bukan inginkan kesempurnaan tetapi inginkan seseorang sentiasa mendukung kepada perubahan kepada Islam.
Aku? Sanggupkah? Sesungguhnya aku ini jauh panggang dari api. Di mata aku sudah cukup sempurna dia walaupun hakikatnya hanya Allah sempurna. Tetapi mampukah aku sempurna di mata Allah? Aku sentiasa bermuhasabah diri sebelum tidur tetapi apabila ingin membuat perubahan. Ia terlalu berat kerana aku fikirkan aku perlukan sokongan. Untuk berubah sekaligus, aku benar-benar tidak mampu.

0 comments:

>