♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Cuti Sem 3

  
Assalamualaikum wbt
Aku sekarang sibuk merancang apa aktiviti aku akan lakukan sem depan
Sem depan yang aku hitung tak sampai 10 hari
Aku tau result aku akan jatuh merudum hanya kerana kesakitan hati aku
Apa dia? Aku pun tak tahu
Mengenai aku mulai aktif dengan Facebook, aku bukan berniat untuk lagha tetapi aku ingin berkongsi apa aku rasa, baca, melihat, mendengar dan lain-lain lagilah! Aku yakin kawan-kawan kolej aku tak kenal siapa aku sebab sepanjang aku tinggal di kolej aku jarang sekali na post dalam fb. Sehingga kan sahabat aku tegur aku cakap kurangkan main dalam media sosial. Tak apalah. Untuk tak nak sahabat aku terkejut sangat aku gunakan laman ini untuk luahan hati.
Mengenai Insta pulak, aku da block semua lelaki dan hanya untuk perempuan sahaja. Tipulah aku cakap aku tak terasa bahawa itu semua tabaruj. Tetapi untuk elak semua itu aku block lelaki. Aku tau itu tidak menghalang lelaki untuk melihat wajahku yang tak seberapa cantik ini tetapi aku berubah secara perlahan. Doakan aku!
Mengenai ikhtilat. Rupanya aku gagal untuk menjaga ikhtilat kerana sepupuku. Sepupuku yang aku anggap sebagai adik. Dia banyak mengadu kepadaku tentang permasalahan sekolahnya. Aku tak berdaya untuk menjauhi dia. Untuk menjauhi dia, aku bimbang apa pulak kata mak, ayah, atuk dan maksu-maksu. Pasti akan menyalahkanku. Aku tau Islam tiu sederhana. Ada cara lain. Aku tak akan biarkan lagi diriku cakap mengenai ikhtilat sedangkan aku sendiri yang tak jaga.
Daddy.. sudah lama engkau tidak menjenguk kami di sini yang sentiasa merinduimu. Adakah daddy sanggup aku merindui lelaki selain darimu? Aku bahagia setiap kali aku terkenang kenangan kita. Setiap tahun engkau pulang dan menghadiahkan sebuah pelukan hangat yang sentiasa diri ini dambakan. Bawa aku jumpa grandma dan bagi aku hadiah yang banyak dan besar-besar. Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan. Kadang-kadang memang aku marah kerana aku terseksa teringat dirimu. Aku begitu cemburu setiap kali mendengar sahabat-sahabat aku menceritakan mengenai ayah. Diri ini sentiasa ingat diri ini tidak disayangi. Kerana diri ini perlukan kasih sayangmu! Aku sekarang sentiasa ingatkan diri aku bahawa Allah sentiasa sayangkan aku.

0 comments:

>