♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Debaran Tarikh 24/5/2015 (19/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Macam biasalah. Sebelum tidur aku nak buat luhan hati sikit pada mu blog. Tarikh keramat pada entri ini adalah kerana result keluar. Hah? Ingat budak uitm aja yang debar. Aku pon lah! Rakan kelas aku beritahu majoriti keputusan pelajar psikologi merudum! Hah? Siapa tak susah hati. Aku tak nak cakap orang punya result! Aku punya result nih?!!! Camna??!! Da sedar diri kita ada pengalaman, buat lagi perangai. Mummy aku moody. Aku pujuk jgaklah. Mujo mummy aku bg warning aja. Lau sekali dengan rotan nangis tak habislah aku! Aiyoyo! Amma! Appa! Hahaha! Banyak sangat main2 nih. Sebab tuh firasat hati aku selalu aja cakap nak berubah. Ini kes sal result r nih. Hati ini susah nak ikhlas. Nak cari keikhlasan dalam hati susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Hari ini aku sempat berpesan kepada rakan sekelasku mengenai hubungan mereka untuk bertunang. Alhamdulillah! Bahagia! Tetapi tak direstui. Dan alhamdulillah. Rakan ini masih lagi naungan Allah kerana masih sayangkan keluarganya. Hasrat di hati mereka ditangguhkan dahulu. Sayang awak! Kerana awak menyebabkan saya lebih tahu mengenai hukum halam haram perhubungan ini. Saya doakan kebahagiaan awak.
Ada satu lagi perkara baik aku nak kongsi! Daddy! Hantar mesej dekat aku cakap rindu aku! Aku baru aja luah dekatmu wahai blog! Oh my Allah! Bebeh! Hahaha! Aku suruh mummy pujuk balik.. tapi daddy tak leh balik sebab kekangan duit. Tak apalah. Aku faham. Daddy sentiasa hantar nafkah untuk kami berdua sara hidup kami. Terima kasih. Aku suruh mummy pujuk lagi cakap dekat daddy yang anak dia nih nak emel dia. Daddy ckap “my email is not working.”. apa susah? Buatlah yang baru. Aku rasa nak mogok aja. Mummy siap tanya aku lagi ada apa-apa nak pujuk lagi? Hahaha! Aku cakap ada! Nak hadiah yang paling besar hari raya tahun ini! Kemudian aku mula menangis secara diam. Aku rindu. Aku pun tau mummy rindu kekasih hati dia. Aku tak berani dah nak cakap apa-apa. Aku tekup mukaku dengan bantal dan menangis teresak-esak. Sakit jiwa aku. How much i miss you daddy. How could you.. i need you here. I wish you here. I really want you treat me as a baby. I feel not enough with no love from you. Allah! Help me!

0 comments:

>