♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Detik Akan Tiba Esok

 
Assalamualaikum w.b.t.
Tajuk entri macam tuhlah. Macam-macam perasaan berbuku di hati aku. Rindu. Gembira. Hiba. Sedih. Debar. Bimbang. Aku belum pergi lagi rindu sudah bertamu dalam hatiku. Akan rindu mummy yang selalu berceloteh tak kira masa. Sedih aku akan tinggalkan mummy lagi. Perasaan hiba nak tinggal mummy yang akan menghadapi perangai tak matang sorang2 dalam rumah aku. Ujian yang aku hadapi selama 16 tahun. Pelbagai cabaran yang ku hadapi tetapi tak mematangkan aku kerana setiap kali musibah tiba aku akan menangis tak sudah. Tak sudah-sudah. Benar kata-kata psikologi. Aku ketawa kuat untuk menyembunyikan duka lara aku nih secara tak langsung.
Mengenai perpindahan bilik. sebenarnya aku sedih nak tinggalkan mereka sahabat-sahabat aku. Aku sentiasa inginkan mereka ceriakan hidup aku. Tetapi aku juga tak sanggup bergaduh dengan sesiapa. Apatah lagi dalam bilik aku sendiri. Yang sentiasa mewarnakan bilik dengan solat dan alunan surah-surah dalam al-quran. Sentiasa ambil berat antara satu sama lain. Bergaduh. Bilik sahabat-sahabat aku. Yang penuh dengan gelak ketawa. Cerita sensasi. Ada aja celoteh yang mencuit hati aku. Sentiasa menggembirakan aku. Ala.. kalau ada salah faham, biasalah. Persahabatan tak akan terus berbau harum tetapi usaha untuk itu till jannah.
Fatin Izzaty. Aku rindu untuk bergaduh dan usik-mengusik. Alangkah rindu pada zaman sekolah. Semua itu tinggal kenangan. Kita saling membawa haluan masing-masing. Maizura. Perempuan geliga Matematik sudah beralih arah dan cintakan kimia. Siapa sangkakan? Yang aku sangkakan jadi guru matematik jadi pakar kimia. In shaa Allah. Imanina. Engkau sahabat dunia akhiratku. Engkau sentiasa di kala aku susah dan senang. Di saat aku ingin menjauhkan diri daripada semua orang akibat masalah keluargaku, engkau hadir tanpa dipinta dan makin mendekat. Ada dua sahabat aku pernah beri dua pilihan “awak inginkan sahabat sentiasa doakan kebahagiaan awak atau yang sentiasa berhubung? ” dan aku pilih pilihan pertama. Kerana bukan senang seseorang ingin mendoakan sahabat untk menyebut nama sahabat tersebut.

0 comments:

>