♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Life (20/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Kehidupan. Aku bermuhasabah diri dengan buku hari ini. Alhamdulillah. Tetapi aku begitu berat untuk mengubah secara drastik. Aku tidak mampu. Hatiku penuh dengan hawa nafsu yang susah untuk dipadamkan. Aku ingin bermunajat terus menerus dengan mu Ya Allah. Banyak lagi hutang aku dengan Mu Ya Allah. Aku ingin berubah untuk yang lebih baik tetapi pada masa yang sama aku ingin menjadi diriku yang sebenar bersama dengan sahabatku. Aku tak mau dilabel orag baik dan alim. Benar. Rasa dihina. Banyak lagi ilmu aku tidak tahu. 30 juzuk al-quran tidak penuh dalam pekungan dadaku. Aku tidak layak! Sentiasa mengajak kebaikan, ku berterima kasih sangat2 kerana sentiasa mengingati aku mengenai dunia dan akhirat. Kepada kawan aku yang lain, andai anda betanya pendapat dengan aku, aku akan jawab dengan telus. Tetapi jangan pernah engkau ungkit kisah silam aku. Aku akan bina pertahanan dan sentiasa mengadu kepadamu Ya Allah. Aku ini terlalu jahil dimata-Mu. Aku akan berubah dengan cara aku sendiri. Aku mungkin tidak sebaik Siti Khadijah dan tidak setegas watak Qaniah Syumaila, sentiasa beristiqamah seperti kak Hassanah dan mungkin tidak mampu menjadi seikhlas hati kak Farah Hidayah tetapi dengan cara tersendiri aku akan mendekati semua kembali sahabat-sahabat.
“Faith is the cure that heals all troubles. Without faith there is no hope and no love. Faith comes over hope and before love.”

0 comments:

>