♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Masalah Ya Masalah (14/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Syukur ke hari ini aku masih hidup di atas dunia ini untuk beribadat kepada-Mu. Jangan sempitkan otak yang ibadat hanya solat, doa, puasa sahaja. Banyak perkara lain dikira ibadat. Senyum, belajar, sedekah, tolong keluarga dan lain-lain lagi itu dikira ibadat.
Menulis fasal masalah. Iya semua orang ada masalah. Aku sendiri ada masalah. Kebiasaan selalu jadi kata-kata “ Allah sentiasa memberi ujian kerana rindu dengan kita untuk kita mememanggil-Nya”. Benar. Aku dahulu jarang nak panggil Allah. Mengadu pada Allah. Dan ujian yang aku hadapi pasti orang lain tak hadapi. Aku tak nak mengadu pada siapa yang mampu membantu aku untuk menyelesaikan masalah aku ini. Selagi Allah ada untuk aku. Aku kena yakin walupun tatkala aku sedang menghadapinya aku selalu merintih tak sudah. Ini kerana sesiapa yang tahu masalah aku ini, ada yang tak faham. Ini sebab aku menjauhi daripada semua orang termasuk ahli keluargku yang lain. Salah satu sebab aku sentiasa berkurung dalam bilik bagaikan katak bawah tempurung. Duniaku hanya dalam bilik bersama mummyku dan rumah Hadi bersama keluarganya. Jadi apa yang terbuku dalam hatiku hanya Allah yang tahu. Walaupun aku ingin tulis dalam diariku ini mengenai masalah aku yang sebenarya tapi tangan aku asyik menaip perkara yang karut marut.
Aku hanya manusia biasa yang inginkan kesempurnaan dalam hidup. HANYA Allah yang SEMPURNA.

0 comments:

>