♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Pemilihan Jodoh (18/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Tajuk entri aku tulis itu penting dalam hidup aku. Usia aku makin lama makin menginjak. Aku bukan lagi kecil dan aku inginkan cinta yang sempurna di samping Allah. Alangkah bahagianyakan? Dalam satu hari banyak aku terfikir. Mengapa tulis pasal jodoh?
Semalam sahabat aku didatangi oleh sekumpulan “orang” Mesir. Mesir? Sahabat aku sedang berkenalan dengan kenalan Mesir. Yang jadi perundingnya kakak sahabat aku. Agak terkejut jugak! Sebab yalah. Sahabat aku ada family datang risik ke? Betapa terujanya aku! Aku berkongsi bahagia. Dan aku mendapat berita daripada sahabat lain bahawa teman dia mesej dengan ayah angkat sahabatku bahawa dia suka pada sahabatku. Berbelitlah ayat aku! Teman dia itu bukanlah seorang yang sopan aku sangka. Aku cuba untuk berbaik sangka. Tapi kadangkala akal mendahului hatiku dulu. Dia tak layak untuk sahabatku. Dengan biadapnya memanggil orang bongoklah sumpah menyumpah tak tentu hala. Lepas kahwin agaknya lebih teruk. Aku hanyalah boleh mendoakan dia berubah walupun aku rasa teman dia itu taklah penting dalam hidupku. Aku hanya boleh beritahu jangan layan lelaki itu. Tetapi itu semua atas pilihan dia. Nak layan atau tak. Setiap tindakan ada hikmahnya kan? Alahai. Berbalik pada jodoh. Sahabat A sudah ada yang direkemen oleh kakaknya. Sahabat B masih mencari ke atau memang betul ada calon pemain bola. Hahaha! Sahabat C sudah tematerai janji akan setia antara satu sama lain. How sweet! Sahabat D sudah ada teman. Sahabat E, masih lagi ingin menumpukan pelajarannya terlebih dahulu. Alhamdulillah. Sahabat F juga begitu tetapi ada yang sudah mengejarnya. Dan aku? Aku tak buka lagi hati aku untuk siapa-siapa kerana hati aku masih lagi pada dia. Hanya Allah tahu betapa susah aku ingin lupakan dia. Itu semua janji lama. Janji babun katakan. Aku harus berpijak pada dunia realiti. Dia sudah ada yang punya. Sudah bahagia. Aku hanya perlu beri sokongan tetapi bukan atas kemaksiatan dialah. Apa? Rajin benar aku nak tanggung dosa lain sedangkn dosa aku da banyak!
Kalau ikut kepada kriteria aku ini tak banyak tetapi agak cerewet. Cerewet kerana inginkan kebahagiaan rumahtangga. Allah. Lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik. Habis tu? Aku mcm mana?aku mengenali diriku. Aku ini banyak membuang masa dan inginkan perubahan drastik. Aku tak mampu. Aku inginkan lelaki yang soleh, prihatin dengan isteri, anak-anak di samping keluarganya dan aku. Paling penting boleh menerima keluargaku seadanya. Walhal lelaki pon macam tu jugak. Nakkan perempuan yang solehah, sentiasa pandai ambil hati suami, taat pada agama, menutup aurat dan macam-macam lagilah. Yang penting pandai masak! Aku? Hahaha! Setiap kali masa mesti aku lupa resepi. Apalah nak pening-pening fasal jodoh. Kalau ada, adalah!

0 comments:

>