♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Perkongsian Bacaan (20/05/15)

 
Assalamualaikum w.b.t.
Diberi tajuk Dracula VS Al Fateh terbitan PTS dari penulis fail sulit presiden Amerika , Muhd Nur Iman Ramli yang diberi pinjam oleh sahabatku , Noor Imanina. Terima kasih.aku inigin menceritakan serba sedikit mengenai buku ini. Aku tertarik dengan halaman tiga “ Satu tanda ingatan untuk saudara seagamaku di seluruh dunia, yang dibunuh oleh ‘dracula-dracula’ sebenar pada akhir zaman.” Dan aku terkejut ada satu kejadian yang terlalu kejam dan tidak berperikmanusiaan .
Bagaimana wujudnya ‘Dracula’? apa kaitan dengan Al-Fateh? Buku ini memberi jawapan kisah dan sejarahnya. Dracula ini cuma manusia biasa sahaja tetapi sejarahnya yang mengerikan menyebabkan ahli filem dan ahli seni mencorakkan watak ‘ dracula ’ sebagai seekor pontianak yang penggila darah! Hahaha! Dracula mula muncul dalam penempatan Islam ketika Vlad II Dracula menghantar anaknya , Dracula dan Radu ke istana Sultan Murad II di Edirne sebagai tebusan politik. Hah?! Ingat tak lagi sejarah Al-Fateh? Mengenai penaklukan. Di sini lah sarjana Barat menyembunyikan watak samseng nih! Okey tak nak cerita panjang-panjang. Kita jump kepada pemerintahan kedua Dracula kerana di situlah terdapat sejarah yang paling hebat dan tragis. Setelah penaklukannya kali kedua di Wallachia,  Dracula membunuh semua golongan Boyar  dan melayan dengan teruk kerana dendam kesumat. Si Dracula ni fikir yang geng Boyar bronar nih yang bunuh bapa dan abang sulungnya. Selain itu, hukuman penyeksaan paling dasyat yang dilakukan oleh Dracula iaitu hukuman sula. Masha-Allah! Ia bukan sesuatu yang janggal ketika Zaman gelap Eropah tetapi yang dilakukan oleh Drcula secara besar-besaran. Hukuman ini aku baca ia berkesan kerana negara yang paling aman pada zaman Rom kerana kadar jenayah menurun dengan mendadak. Ia kerana takut dengan hukman sula yang dasyat! Aku membayangkan andai Dracula ini Islam dan ada pada zaman ini, aku yakin beliau sanggup mempertahankan hukum Allah atas manusia. Itu hak Allah yang perlu dilaksanakan. Gerun memikirkannya. Inilah sebabnya sarjana barat memperbesarkan dan mengagungkan dia. Kerna beberapa tong darah dah Si Penyagak tuhbunuh.
Kejadian yang berlaku di Rohingya sama. Palestin. Mesir. Syria. Yaman. Gaza. Negara-negara yang sentiasa berlumuran darah tanpa henti. Aku ini hanyalah Islam yang lemah. Kenapa? Aku memikirkan andai aku dalam situasi mereka? Sanggupkah? Jihadkah aku ketika itu? Jihad memerangi nafsu, jihad mencari ilmu pun aku masih tahap hangat-hangat sejuk tahi kucing. Begitulah pengajaran yang perlu aku ambil. Sesudah malam. Lain hari aku berkongsi denganmu ya senget! 

0 comments:

>