♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Kisah Menyayat Hati

 
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Aku mula stabil dengan perasaan dan emosi. Berkat doa mummy dan keluarga serta sahabat-sahabat yang jauh dan dekat. Tak kira sesiapa yang terlibat atau tak secara langsung. Aku begitu rindukan semangat aku yang ini berbanding emosi yang mengundang kesedihan aku.
Aku juga bersyukur pada Allah kerana sentiasa memberi kerahmatan dalam hidupku dan sentiasa memberi kesenangan dalam hidup. Aku begitu merindui-Mu.
Aku baru tahu mengenai kisah mentee aku. Sangat menyayat hati. Aku sedar aku belum tentu dapat mengurus emosi. Aku mula jatuh sayang kepada mentee aku. Aku menganggap dia adik aku aja. Dia cuma muda 7 hari. Hahahaha!
Aku ingin berusaha untuk membawa dia pulang kepada Allah.
Aku menharap Allah menilai sama ada aku ingin populariti atau ikhlas membantu teman mentee aku. Andai aku mula bongkak, tegurlah aku Ya Allah! Berikanlah petunjuk dari segi apa2 pun!

Ramadhan Datang Bertamu

Assalamualaikum
Ya Allah. Harini aku terlalu sedih kerana awal Ramadhan, aku tidak dapat menyambut bersama keluarga tercinta. Aku masih lagi mencari hikmah kenapa air mata terlalu mudah untuk mengalir. Aku ingin meyakinkan bahawa aku boleh tetapi masya-Allah. Sakit.
Terlalu susah untuk aku bangkit daripada kesusahan yang sentiasa terheret di kakiku.
Aku terlalu merindui mummy dan daddy aku. Tipulah aku tak rindu!
Allah! Aku mencintai-Mu dan aku ingin melatih diriku menjadi kekasih Rasulullah.
Tetapi banyak aku tak tahu mengenai Rasulullah! Terlalu daif dengan ilmu.
Aku malu dengan sahabat-sahabat lain yang begitu tawadhuk!
Aku menginginkan semua itu! Aku dahaga! Tetapu demi Allah. Aku tak tau na minta tolong pada siapa selain daripada-Mu. Aku malu! Aku masih merangkak mencari keredhaan-Mu!
Aku tersilap langkah lagi. Aku lalai dengan masalah duniawi yang begitu mencengkam hatiku yang kotor.
Hanya satu! Mantee istimewa! Terus terang aku katakan aku terlalu sedih dan simpati melihat keadaan dia sebegitu. Aku ingin menolongnya tetapi aku tak mampu Ya Allah. Aku tak tau na mula dari mana?
Aku terpaksa meminta tolong kepada MPP supaya ambil mantee istimewa ini di bawah naugannya. Kronik kan ayat aku? Jujur ak katakan lagi, aku sudah lari daripada fokusku untuk belajar dan aku selalu menyakitkan hati sahabat-sahabat aku sekeliling. Maakan aku sayang! Aku akan sedaya upaya untuk berubah. Support me!
Daddy! Happy Ramadhan El Mubarak! I hope you happy with your family and I just want to say  always love you!

Ramadhan Akan Datang

 
Assalamualaikum wbt
Ramadhan makin mendekati
Hadir dalam hidupku!
Semakin lama semakin dekat, semakin aku banyak menempuhi emosi yang begitu melampau
Aku sedang berusaha untuk mengawal tetapi aku bagaikan berperang dgn diri sendiri
Aku mengadu pada Allah dan terus menangis dalam tidur
Bangun dan terus menangis
Kenapa?
Banyak.
Aku buntu unuk mengurus program mentor
Sahabat-sahabat dan mpp-mpp bagi aku semangat
Semakin lama semakin aku lemah
Aku penat dengan lemah semangat
Aku takut na mengadu kpd mummy.
Takut mummy yang terlebih risau akan emosi dan semangat aku
Beginilah didikan keluarga ke atas aku yang selalu kurung diriku
Aku tak boleh na salahkan 100% kepada keluargaku
Daddy! You should come to see me! Try to support me!
Aku cuma berharap pada bulan Ramadhan ini, aku akan tenang dan mengurus dengan baik emosi aku
Aku pun penat sebenarnya na serba salah
Aku takut ikhtilat aku terbabas sebab aku banyak perlukan bantuan mamat nih
Ha! Satu lagi! Aku runsing dengan kelemahan aku yang semakin terserlah di depan kaum lelaki!
Allah saja yang ta betapa malunya aku! Aku bimbang akan tersebar keaiban aku!
Aku tau betapa sakit na hadapi emua ini ttp aku hanya mengharapkan Mu Ya Allah!
Aku tau aku yang salah mengahadapi masalah duniawi sehingga aku hampir melupakan-Mu.

Program Dekan Mentor Mantee

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Wifi kolej sudah kembali.
Alhamdulillah. Sudah siap nota English aku.
Pagi tadi bangun dari tidur. Bermuhasabah sekejap.
Sedih aku apabila aku kena jadi mentor kepada mantee ini.
Aku bukan tak yakin na tingkatkan akademik mantee nih ttp aku buntu na mula mcm mana.
Aku sendiri byk merujuk kpd orang lain tetiba aku kena jadi orang dirujuk.
Aku bukan seperti mentor lain yang ada pengalaman yang mampu dan yakin.
Pagi tadi mummy aku tak sihat. Menangis aku pagi tadi kejap.
Mujo tetamu sebelah tak sedar.
Mummu aku tetiba lelah. Asal u sakit mesti mummy aku sakit.
Tetiba tengahhari aku sihat sikit, mummy aku hantar mesej cakap da sihat da sikit.
Inilah tali perhubungan antara aku dan mummy.
Mengenai mantee aku tuh, aku sedang search mengenai bahan untuk mantee aku tapi aku belum dapat tahu.
Apa yang aku malu hal yang lepas.
Aku pi nangis depan mpp-mpp kolej aku!
Ya Allah!
Macam bodoh aja!
Malu sangat!
Tengop muka diorang pon da tak sanggup!
Apa-apa pun Allah kuatkan lah hati aku yang lembik ini.

Andai Itu Takdirnya (07/06/15)

Assalamulaikum wbt.
Alhamdulillah aku sudah menjejaki rumah selama 3 hari dan sudah memadai. Aku perlu laksanakan amanah aku di kolej supaya terus menerus aku mendapat dalam keredhaan Allah. Aku ingin cerita serba sedikit aku tinggal di sini. Aku menangis tereask-esak ketika aku sampai lewat ke rumah. Aku fikir andai aku x sampai rumah. Mungkin masih dalam emosi demam dan ini keputusan tepat untuk aku pulang dan merasionalkan otak aku balik.
Andai satu hari nanti aku berkeluarga, aku akan menitikberatkan soal pendapat anak-anak aku supaya aku akan terus jadi adil antara anak-anak aku. Take note for that! Allah sentiasa menyayangi hambamu ini kan? Bantulah hambamu.
Mengenai Si N aku jumpa semalam, memang hatiku masih bergetar dengan melihat wajah dia. Tetapi pada masa yang sama akan mula menukar keluar semua dendam kesumat yang aku simpan kerana pernah menyakiti hati perasaan aku dan mummy aku dulu. Bagaimana aku masih lagi simpan perasaan ini walhal sudah setahun tidak berjumpa. Benci aku padanya makin meningkat. Kerana dia, aku jadi begini. Allah. Allah sayang hambamu inikan? Tolong aku ya untuk hapuskan dia dalam ingatan. Andai aku perlu hilang ingatan, aku sanggup!
Aku mesti berubah dan kena berubah. Biar seiring dengan tudung labuh. Hanisah! Tak guna pakai tudung labuh tapi tak berubah! Aku kena konsisten dengan sikap yang sepatutnya supaya dapat jadikan contoh yang baik untuk adik-adik sepupu aku. Aku ingin jadikan keluarga Islam yang unggul walaupun nampak hakikat susah.

Dear Diary

 
kita hanya berkomunikasi berdua aja kan? tak pernah orang na baca entri aku. maaflah wahai diary. kadag-kadang selain aku bermunajat dengan Allah, aku ingin meluahkan kepada mu, diary. buat masa ini, aku tak boleh na ngadu dengan sesiapa. aku sedih. aku sayang sangat sahabat-sahabat aku. aku melihat gambar mereka, mula turun tirai air mata aku lagi. sahabat-sahabat. kadang-kadang. prinsip berrlu berubah apabila situasi sudah tak mengizinkan. diary. mesti mun atau kan siapa sentiasa aku tulis. SAHABAT lar. mana boleh bagitahu nama. tak baik. itu sebab tujuan aku tukar kepada hanisahlimrashid supaya kawan blog da tak baca blog aku. just diary and me.
aku kena pasang azam balik. tak boleh da na tawar hati. na kawan berubah. DOA. biarlah dia tak tahu. biarlah dia ingat aku nih jahat ke, sewel, bongok, bodoh. i know. Allah knows me more.
>