♥ ♥Follow Gue♥ ♥

Andai Itu Takdirnya (07/06/15)

Assalamulaikum wbt.
Alhamdulillah aku sudah menjejaki rumah selama 3 hari dan sudah memadai. Aku perlu laksanakan amanah aku di kolej supaya terus menerus aku mendapat dalam keredhaan Allah. Aku ingin cerita serba sedikit aku tinggal di sini. Aku menangis tereask-esak ketika aku sampai lewat ke rumah. Aku fikir andai aku x sampai rumah. Mungkin masih dalam emosi demam dan ini keputusan tepat untuk aku pulang dan merasionalkan otak aku balik.
Andai satu hari nanti aku berkeluarga, aku akan menitikberatkan soal pendapat anak-anak aku supaya aku akan terus jadi adil antara anak-anak aku. Take note for that! Allah sentiasa menyayangi hambamu ini kan? Bantulah hambamu.
Mengenai Si N aku jumpa semalam, memang hatiku masih bergetar dengan melihat wajah dia. Tetapi pada masa yang sama akan mula menukar keluar semua dendam kesumat yang aku simpan kerana pernah menyakiti hati perasaan aku dan mummy aku dulu. Bagaimana aku masih lagi simpan perasaan ini walhal sudah setahun tidak berjumpa. Benci aku padanya makin meningkat. Kerana dia, aku jadi begini. Allah. Allah sayang hambamu inikan? Tolong aku ya untuk hapuskan dia dalam ingatan. Andai aku perlu hilang ingatan, aku sanggup!
Aku mesti berubah dan kena berubah. Biar seiring dengan tudung labuh. Hanisah! Tak guna pakai tudung labuh tapi tak berubah! Aku kena konsisten dengan sikap yang sepatutnya supaya dapat jadikan contoh yang baik untuk adik-adik sepupu aku. Aku ingin jadikan keluarga Islam yang unggul walaupun nampak hakikat susah.

0 comments:

>